Thursday, January 6, 2011

HK 2010

           Pada 11 hingga 14 Mac 2010, Phoenix sekali lagi menyertai kejohanan HK Zon Utara yang dianjurkan di Sekolah Menengah Sultan Sains Muhammad Jiwa. Kejohanan ini merupakan HK terakhir bagi Phoenix'10 yg diketuai shawn.

SBPIKP   vs    MCKK

Pada perlawanan pertama ni, Phoenix tewas teruk dengan pasukan Cagers. Phoenix hanya memasukkan 1st five pada kuarter pertama dan kedua senagai langkah menyimpan tenaga untuk perlawanan seterusnya. Phoenix tewas 18-88.

SBPIKP   vs    SERATAS

Dalam perlawanan kedua, Phoenix menguasai permainan ini dengan baik. Bagaimanapun cuaca yang panas terik pada tengah hari agak memenatkan pemain. Seratas lebih banyak bermain secara inside dengan menggunakan pemain yang berjersi nombor 8. Bagaimanapun, gerakannya berjaya dikekang akhirnya. Phoenix menang 40-30.

SBPIKP  vs     SMSKB

Phoenix tidak menurunkan pemain utama pada perlawanan ini. Kebanyakan pemain utama telah tercedera semasa berlawan dengan pemain Seratas yang agak kasar. Phoenix hanya menurunkan pemain tingkatan 3 untuk menentang sekolah yang pertama kali menyertai kejohanan ini. Phoenix menang 32-12.

SBPIKP  vs     SMSTSSS

Pada keesokan harinya, Phoenix berlawan dengan pasukan Slayers buat pertama kalinya dalam sejarah Phoenix. Kecederaan pemain utama agak mempengaruhi perjalanan perlawanan ini. Keadaan ini tidak begitu lancar bagi Phoenix. Kesilapan tidak menjalankan strategi Box-1 terhadap player nombor 10 Slayers menyebabkan Phoenix ketinggalan dan akhirnya tewas dengan mata 38-29

SBPIKP   vs    SBPIG

Pada tengah harinya, Phoenix menentang SBPI Gopeng. Perlawanan ini tidak memberi masalah sangat kepada Phoenix memandangkan pasukan tersebut hanya bergantung kepada seorang pemain untuk mendapatkan mata. Phoenix menggunakan taktik fast-break setiap kali jaringan lawan tidak masuk. Phoenix menang 34-17.

SBPIKP   vs     SAINA

Pada petangnya, keadaan cuaca yang hujan lebat telah menyebabkan pengadil hanya menjalankan perlwanan free throw. Pemain Phoenix tidak berpuas hati kerana mereka boleh memenangi pasukan Saina berdasarkan cara permainan mereka. Bagimanapun, keputusan pengadil adalah segalanya. Nasib malang buat Phoenix kerana free throw mereka gagal masuk dan tewas dengan 5-3. (jika perlwanan seperti biasa diteruskan, Phoenix memang akan memenangi perlwanan tersebut. Keadaan ini diakui sendiri oleh pemain Saina sebelum perlawanan)


Phoenix '10

* Pada kejohanan ini, Phoenix '10 boys masih gagal melayakkan diri ke pusingan Semi-final, bagaimanapun perjuanagan ini akan diteruskan oleh junior-junior yang semakin mantap skill mereka.

No comments:

Post a Comment