Thursday, November 18, 2010

WHO WILL BE THE BEST POINT GUARD LIKE THIS????


* Member phoenix rasa sapa yg plg layak????
UNDI!!!

Kejohanan MSSD Kubang Pasu 2008

Pada bulan Mac tahun 2008, SBPIKP telah menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan MSSD Kubang Pasu iaitu pasukan lelaki U-15 dan U-18. Kejohanan ini telah menjadi titik tolak buat SBPIKP untuk membina nama dalam arena bola keranjang daerah Kubang Pasu. Kejohanan ini diadakan di SBPIKP sendiri. Kelebihan menjadi tuan rumah tidak disia-siakan oleh pemain-pemain SBPIKP. Berikut merupakan hasil keputusan pertandingan daerah.

U-15

SBPIKP    vs    SMKAH
Permulaan permainan dikuasai oleh Phoenix(SBPIKP) dengan baik. Pada kuarter pertama, Phoenix mendahului SMK Ayer Hitam dengan keputusan 15-5 hasil daripada jaringan empat kali 3-pointer oleh Shawn. Phoenix mendahului sehingga kuarter ke-3 hasil kecemerlangan Rahman sebagai center dan ball controlling yg hebat dari A'fifi. Disebabkan kekurangan stamina, SMKAH yang mempunyai kelebihan dengan ramai pemain, berjaya menyamakan kedudukan pada 10 saat sebelum kuarter ke-4 tamat. Extra time menyaksikan Phoenix tewas 41-33 akibat kekurangan stamina.

Defense 1-2-2


SBPIKP    vs     SMKJ
Perlawanan ini menyaksikan kemenangan buat pertama kalinya pasukan Phoenix dalam sejarah penbuhannya. Tiada sebarang halangan yang dihadapi oleh Phoenix pada pertandingan kali ini. Phoenix menang mudah hasil tahap terbaik yang ditunjukkan oleh 5 player utamanya (Shawn, ad, man, afif, bic) dengan keputusan 42-9.

SBPIKP    vs      SMKPN
Phoenix berjaya melayakkan diri ke semi-final. Lawan pada semi-final ialah sebuah sekolah sukan daerah yang cukup hebat. Ketiadaan air di sekolah pada ketika itu telah membuatkan keadaan pemain tidak begitu baik. Akibatnya, PHOENIX tewas dengan mata 33-18.

* Johan pada kejohanan kali ini ialah pasukan SMKPN manakala naib johan pula ialah SMKAH. Dua pemain PHOENIX telah terpilih untuk mewakili daerah iaitu Shawn dan Rahman. Bagaimanapun, hanya Rahman yang mewakili daerah sebaliknya Shawn tidak dibenarkan atas sebab-sebab tertentu.

3 ON 3 GRAND FINALE 2008

Pada 28 Januari 2008, dua pasukan SBPIKP telah mendapat hak perwakilan untuk bertanding di peringkat kebangsaan iaitu  satu pasukan lelaki (Shawn, man, afif) dan satu pasukan perempuan (Nisa, Aton,Intan). Buat pertama kalinya pemain SBPIKP bertanding di peringkat kebangsaan walaupun hanya dalam permainan 3 on 3 sahaja. Disebabkan itu, keputusan yang dicapai tidaklah membanggakan sangat. Tetapi, kejohanan ini telah menambah pengalaman pemain yang sebelum ini hanya tahu menjaring dari jarak jauh. Keputusan perlawanan pasukan lelaki ditunjukkan di bawah, manakala keputusan perlawanan perempuan telah kehilangan data.

KEPUTUSAN:
  • SBPIKP     VS     SEMASHUR                                                             2                           8
  • SBPIKP     VS     MOZAC                                                                    5                           2
  • SBPIKP     VS     SEMESTA                                                                 0                           2

Wednesday, November 17, 2010

3 ON 3 PETRONAS ZON UTARA 2007

Pertandingan 3 ON 3 PETRONAS telah diadakan pada 24 Oktober 2007. Pertandingan ini sebenarnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang sudah selesai peperiksaan PMR. Bagaimanapun, SBPIKP tidak mempunyai pemain tingkatan 3 ketika ini, oleh itu SBPIKP telah menghantar tiga pasukan tingkatan 2 dan dua pasukan tingkatan 1. Pertandingan ini dilangsungkan di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA). Alhamdulillah, salah satu pasukan SBPIKP telah berjaya memasuki final kejohanan ini. Namun begitu, pasukan ini telah tewas di tangan SMS Tuanku Syed Putra 3 selepas satu pertandingan yang sengit.


KEPUTUSAN PERTANDINGAN:
  • SBPIKP     vs     SEMESTI (group)                                                            5                               1
  • SBPIKP     vs     SMSSMJ  (group)                                                           2                               1
  • SBPIKP     vs     SMSTSP 2(2nd round)                                                    4                                2
  • SBPIKP     vs     SMSTSP 1(quarter-final)                                               3                                3
  • SBPIKP     vs     SAINA      (semi-final)                                                    10                               0
  • SBPIKP     vs     SMSTSP 3(final)                                                          1                                4


Point Guard
Center
Shooter
                                                                                                                                                                           

THE BEGINNING: MSSD KUBANG PASU & HK SBP 2007



Pada 8 Februari 2007, pemain bola keranjang SBPIKP bawah 15 tahun telah menyertai pertandingan tanpa sebarang skill. Pertandingan ini menyaksikan pasukan SBPIKP dimalukan teruk dengan SMK Seri Mahawangsa. Keputusan pertandingan menyaksikan SBPIKP 8 mata berbalas 84 mata. Kesemua jaringan SBPIKP diperoleh daripada Muhd. Fisol bin Harun...Pada ketika ini, SBPIKP belum mempunyai gelanggang bola keranjang.

Pada Mac 2007 pula, telah berlangsungnya acara tahunan Sekolah Berasrama Penuh iaitu Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. SBPIKP buat kali kedua menyertai pertandingan ini dengan pemain yang langsung tiada pengalaman. Penyertaan SBPIKP pada kejohanan ini adalah sekadar untuk menambah pengalaman para pemainnya.Berikut adalah keputusan perlawanan pada kejohanan kali ini....

Team 2007
  • SBPIKP     vs     SMSTSP                                                                        6                         36                                           
  • SBPIKP     vs     MCKK                                                                          3                         39
  • SBPIKP     vs     SMSTSSS                                                                     6                         28  
  • SBPIKP     vs     SBPIG                                                                           8                         19
  • SBPIKP     vs     SEMESTI                                                                      6                         20                                                                                    

    Tuesday, November 16, 2010

    Coach/ Guru Pengiring

    Coach/guru pengiring yg hebat sepanjang zaman!!
     Lao shi Teh Che Hui   


    Guru Pengiring Yang Setia
     Cikgu Nurul bt. Abdul Wahid
                                      

    Captain of Phoenix


    Captain '07






    Point Guard
    Rumah Saidina Othman

    Captain '08
    Power Forward
    Rumah Saidina Umar

    Captain '09
    Left Shooter
    Rumah Abu Bakar

    Captain '10
    Point Guard
    Rumah Saidina Othman

    Captain '11
    Power Forward
    Rumah Saidina Othman

    Captain '12
    Power Forward
    Rumah Abu Bakar

    Captain '13
     Muhd Nur Amnan Bin Ayob
    Point Guard
    Rumah Saidina Othman

    Captain '14
     Muhd Iswar Syauqi Bin Ishak
    Point Guard
    Rumah Saidina Othman

    History of Phoenix

    Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu merupakan sebuah sekolah yang mula beroperasi pada tahun 2004. Penubuhan pasukan bola keranjang ialah pada tahun 2006. Pada awal penubuhan pasukan tersebut, tiada sebarang pencapaian yang mengagumkan kerana pemainnya masih kurang dengan pendedahan. Walaubagaimanapun, pencapaiannya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Nama Phoenix diambil sebagai nama pasukan bola keranjang sbpikp pada tahun 2009 ilham daripada kaptennya, Muhd. Fisol bin Harun a.k.a Shon dan jurulatihnya, En. Teh Chee Hui.....pemainnya berpegang pada prinsip "Basketball Teach My Hand To Make a War"....

    Logo Phoenix
    Prinsip