Monday, December 27, 2010

Tactics.....

Di sini telah diletakkan beberapa tactics baru. Ahli phoenix hendaklah memilih tactis tersebut dan menjalankan latihan dengan Sir Teh....harap maklum...


DEFENSIVE


Match-up zone-1-2-2
Zone 1-3-1-Conventional, more conservative
Zone 1-3-1-More aggressive, trapping and gambling
Zone 1-3-1-Coverage high post
2-2-1 Half court press
All court press
Triangle zone

* Click setiap link utk pilih tactics korang...

Sunday, December 26, 2010

PHOENIX GIRL


MSSD KuBANG PASU 2007
Bermula di sini team basketball gurlz mengorak langkah.Main pon ala-ala ragby sebab kami pon main masuk jew.Tiada sapa pon yang reti main lagi.Mungkin rezeki kami,kami akhirnya dapat merangkul naib johan setelah dibelasah teruk dengan SMK Pulau Nyior dengan keputusan seperti berikut:
SBPI Kubang Pasu vs SMK Air Hitam   20-12
                                  SBPI Kubang Psu vs SMK Pulau Nyior  8-25

HK SBP ZON UTARA 2007
Pada tahun ini pasukan SBPIKP disertai oleh 2 orang pelajar tingkatan 5,5 orang tingkatan 4,seorang pelajar 3 dan 4 orang pelajar tingkatan 2.Akibat pengalaman yang kurang,pasukan SBPIKP kalah dalam semua perlawanan.Penyertaan hanya untuk mendapatkan pengalaman.Berikut adalah keputusan perlawanan:
SBPIKP vs SEMESTI    2-30
SBPIKP vs SAINS KEDAH  6-12
SBPIKP vs SYETRA  4-16
SBPIKP vs SOKSEK  7-20






HK SBP 2008
Pada tahun Hari Kecemerlangan SBP ZON UTARA diadakan di Sek Men Sains Tun Azln Shah,Taiping Perak.Pasukan perempuan menghantar semua pemainnya daripada kalangan pelajar tingkatan 3.Pasukan ini diketuai oleh saudari Khairunisa Muhammad Kamaluddin.Gelanggang di SERATAS yang kurang elok menyebabkan semua perlawanan untuk kategori perempuan terpaksa diadakan di dalam dewan yang agak kecil saiznya.Lantai dewan itu turut lincin menyebabkan ramai pemein SBPIKP cedera.Mungkin rezeki tidak menyebelahi kami.Semua perlawanan kami kalah.Tetapi mutu permainan kami agak baik berbanding daripada tahun lepas.


HK SBP 2009-SOKSEK






PASUKAN BASKETBALL 2009







FIRST FIVE
Pasukan gurlz buat pertama kalinya tersenarai dalam kumpulan yang layak ke separuh akhir setelah mengalahkan SOKSEK dengan jaringan 25-18.Tetapi setelah perhitungan demi perhitungan dibuat pasukan yang layak ke separu akhir adalah SMSTSP,,xpa..rezeki mungkin tidak berpihak kepada kami.SBPIKP hny menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan.Semasa perlawanan antara Soksek dan SBPIKP,,,seorang pemain iaitu Nisa telah injured dan kuku kakinya tercabut,,Cikgu Nurul selaku guru pengiring kami membawa Nisa ke klinik berhampiran untuk menadapatkan rawatan selanjutnya..Dalam kejohanan ini sekolah yang 1 group dengan SBPIKP adalah SMSTSP,SOKSEK,SERATAS dan SAINS KEDAH.


MSSD KUBANG PASU 2009




Jamuan ketika meraikan kejayaan pasukan gurl yang mendapat johan daerah

PIIIIIIIIITTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!Lao shi dan cikgu Nurul tersenyum lebar apabila board markah menunjukkan Phoenix mendahului SMK Pulau Nyior dengan jaringan 25-22.Kemarahan Lao shi dan jeritan Cikgu Nurul berakhir dengan kejayaan yang cemerlang daripada pasukan perempuan apabila berjaya merangkul gelaran JOHAN buat pertama kalinya.Semua penonton bagaikan tidak percaya dengan kemenangan ini.Phoenix pada mulanya agak goyah kerana hanya menduduki tempat kedua dalam kumpulan A setelah dikalahkn oleh SMK Pulau Nyior dengan mata 22-12.Phoenix telah mengalahkan pasukan dari SMKBBD  dengan mata 25-10 dan pasukan dari SMK Jitra dengan mata 18-10.Dengan kemenangan ini Phoenix Berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dan terpaksa berhadapan dengan SMSAH yang merupakan antara pasukan yang terkuat di Daerah Kubang Pasu.Untuk saingan di peringkat akhir,Phoenix sekali lagi berhadapan dengan pasukan yang paling kuat di Daerah Kubang Pasu iaitu SMK Pulau Nyior.Berkat doa dan dorongan daripada Lao Shi dan Cikgu Nurul,,pemain no 7 SMKPN yang merupakan pemain negeri dan pemain terhebat dapat dijaga dengan rapi oleh pemain tengah SBPIKP.Kejayaan dan kemenangan akhirnya berpihak kepada PHOENIX.Kejayaan itu menjadi titik mula bagi team Phoenix gurlz untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.





HK SBP 2010
[SJKC CHUNG HWA,SUNGAI PETANI KEDAH ]
Muka2 kegembiraan apabila disahkan layak ke separuh akhir….



perlawanan separuh akhir antara PHOENIX dan SERATAS



Saat menunggu ke separu akhir,,sempat lg bergambar,,hehe

PHOENIX vs SAINA 18-8
PHOENIX vs SMSTSP 20-10
PHOENIX vs SMS BAGAN DATOH 30-0
PHOENIX vs SOKSEK 18-12
PHOENIX vs SEMESTI  3-30



Kejayaan demi kejayaan yang dilakar oleh pasukan phoenix perempuan.Pada tahun 2010,mungkin kejayaan paling cemerlang yang pernah dirasai oleh pasukan ini. Buat pertama kalinya pasukan perempun Berjaya melangkah kaki ke separuh akhir apabila mengalahkan SOKSEK di mana keadaan gelanggang sangat menyedihkan.Hujan yang terlalu lebat menyebabkan gelanggang tersebut dipenuhi air sehinggakan ramai pemain bermain dalam keadaan basah kuyup.
Nasib pasukan phoenix lebih baik kerana semasa kami bermain gelanggang semakin kering,tetapi kami masih perlu berhati hati kerana mungkin gelanggang itu lincin. Permainan berlangsung dengan sungguh meriah,pemain-pemain phoenix terus bermain dengan cemerlang sehingga wisel ditiupkan menunjukkan masa sudah tamat.Pasukan phoenix Berjaya menduduki tempat kedua dan Berjaya melayakkan diri ke separuh akhir yang diadakan pada keesokkan hari.



Wajah2 ceria ke separuh akhir,,huhu
Berdebar-debar semasa naik bas SBPIKP…Dalam hati dok berdoa jew semoga kami dapat main dengan baik dan melayakkan diri ke perlawanan akhir.Lao Shi berharap kami dapat mencipta sejarah dan mewakili zon utara untuk ke HK KEBANGSAAN yang akan diadakan di Pasir Puteh,Kelantan.Dengan berjersi baru,semua pemain bersemangat dan berjanji akan melakukan yang terbaik.Setelah memanaskan badan,kami membuat persiapan terakhir sebelum melangkah ke dalam gelanggang.Lao Shi dan cikgu Nurul tidak berhenti-henti memberi kata-kata semangat kepada kami.Mereka berharap kami dapat ke peringkat akhir.
Perlawanan berlangsung dengan suasana yang agak tegang.Pasukan phoenix tidak memberi langsung ruang kepada pasukan lawan.selepas pihak lawan memasukkan 1 gol,pemain phoenix turut memasukkan 1 gol.kedaan ini berterusan sehinggan quarter ke-4 dengan mata yang didahului oleh SERATAS 22-20.
5 second menentukan kejayaan kami ketika itu.Hati semua pemain berdebar-debar apabila bola balingan Dayat berpusing-pusing di atas ring basket dan akhirnya….rezeki bukan di pihak kami,,wisel ditiupkan menunjukkan masa sudah tamat..SERATAS Berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir,,harapan Lao Shi,Cikgu Nurul dan kami sendiri berkecai bagai kaca terhempas di atas batu,,apa yang mampu kami lakukan pada ketika itu hanya menangis.Cikgu Nurul turut mengalirkan air mata..sedihnya time tu..

Kesedihan yang tidak lagi dapat dibendung…




Bergambar selepas kalah…kenangan yang tidak dapat dilupakan…

Pasukan phoenix gurlz pulang dengan kesedihan..


MSSD KUBANG PASU 2010

Bergambar  selepas Berjaya mengekalkan johan Daerah Kubang Pasu..
Phoenix gurlz Berjaya kekalkan gelaran johan buat kali kedua berturut-turut.
Pasukan ini diketuai oleh Nur Musyirah dan dengan kekuatan pemain seramai 12 orang.Keputusan perlawanan:
SBPIKP vs SMKPN  30-3
SBPIKP vs SMSAH 27-10
SBPIKP vs  SMKAH 50-1
SBPIKP vs SMKBBD 59-0




PIALA MUDA MCA KUBANG PASU 2010



Tahniah!!!
Perlawanan terakhir bagi sesi 2010.pasukan phoenix gurlz junior masih mengekalkan gelaran johan…


Thursday, December 23, 2010

PHOENIX BEST SHOOTER??


See Their Tactics

see the tactics to create chance for shooter

Who is bez shooter??

HK Zon Utara 2008

    HK Zon Utara pada tahun 2008 diadakan di Sekolah Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak. Kapten pasukan Phoenix, Fahmi  tidak dapat menyertai kejohanan pada kali ini kerana disebabkan oleh beberapa maslah teknikal. Oleh itu, Phoenix pada kali ini diketuai oleh Munawir. Pencapaian Phoenix pada kali ini sedikit meningkat berdasarkan pungutan mata dan berjaya memperolehi satu kemenangan buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan HK. Berikut merupakan keputusan perlawanan:

  • SBPIKP    vs    SEMESTI                                                                             14                     31 
  • SBPIKP    vs    SOKSEK                                                                             16                     34
  • SBPIKP    vs     SERATAS                                                                           13                     30
  • SBPIKP    vs     SBPIG                                                                                 25                     20
  • SBPIKP    vs     STAR                                                                                   14                    22