Thursday, November 18, 2010

Kejohanan MSSD Kubang Pasu 2008

Pada bulan Mac tahun 2008, SBPIKP telah menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan MSSD Kubang Pasu iaitu pasukan lelaki U-15 dan U-18. Kejohanan ini telah menjadi titik tolak buat SBPIKP untuk membina nama dalam arena bola keranjang daerah Kubang Pasu. Kejohanan ini diadakan di SBPIKP sendiri. Kelebihan menjadi tuan rumah tidak disia-siakan oleh pemain-pemain SBPIKP. Berikut merupakan hasil keputusan pertandingan daerah.

U-15

SBPIKP    vs    SMKAH
Permulaan permainan dikuasai oleh Phoenix(SBPIKP) dengan baik. Pada kuarter pertama, Phoenix mendahului SMK Ayer Hitam dengan keputusan 15-5 hasil daripada jaringan empat kali 3-pointer oleh Shawn. Phoenix mendahului sehingga kuarter ke-3 hasil kecemerlangan Rahman sebagai center dan ball controlling yg hebat dari A'fifi. Disebabkan kekurangan stamina, SMKAH yang mempunyai kelebihan dengan ramai pemain, berjaya menyamakan kedudukan pada 10 saat sebelum kuarter ke-4 tamat. Extra time menyaksikan Phoenix tewas 41-33 akibat kekurangan stamina.

Defense 1-2-2


SBPIKP    vs     SMKJ
Perlawanan ini menyaksikan kemenangan buat pertama kalinya pasukan Phoenix dalam sejarah penbuhannya. Tiada sebarang halangan yang dihadapi oleh Phoenix pada pertandingan kali ini. Phoenix menang mudah hasil tahap terbaik yang ditunjukkan oleh 5 player utamanya (Shawn, ad, man, afif, bic) dengan keputusan 42-9.

SBPIKP    vs      SMKPN
Phoenix berjaya melayakkan diri ke semi-final. Lawan pada semi-final ialah sebuah sekolah sukan daerah yang cukup hebat. Ketiadaan air di sekolah pada ketika itu telah membuatkan keadaan pemain tidak begitu baik. Akibatnya, PHOENIX tewas dengan mata 33-18.

* Johan pada kejohanan kali ini ialah pasukan SMKPN manakala naib johan pula ialah SMKAH. Dua pemain PHOENIX telah terpilih untuk mewakili daerah iaitu Shawn dan Rahman. Bagaimanapun, hanya Rahman yang mewakili daerah sebaliknya Shawn tidak dibenarkan atas sebab-sebab tertentu.

No comments:

Post a Comment